Tempah Baju Pengantin Custom di Malaysia | AndiMawar
Jika anda sedang dalam fasa persiapan untuk berkahwin, maka baju dihari persandingan amatlah penting. Pasangan pengantin pastinya menjadi tumpuan utama kepada semua tetamu dan hadirin yang datang. Dihari yang penuh bersejarah dan dilimpahi dengan kenangan manis, pastinya pasangan pengantin ingin kelihatan anggun dan sopan. Kami di Andimawar amat memahami keperluan pasangan pengantin. Sesi berjumpa dan berbincang dengan jelas amat penting supaya maklumat untuk mendapatkan design yang disukai diperolehi dengan tepat.
Proses tempahan:
Sesi konsultasi
Perbincangan rekaan
Pemilihan fabrik
Ambil ukuran badan
Sesi fitting
Siap & penyerahan